A

Friday, November 15, 2013

Taman Rekreasi Mimaland, Gombak. [20 Tahun Yang Dulu]

Korang pernah dengar tak nama Mimaland kat Gombak ni? 
Orang² yang tinggal sekitar Gombak pasti pernah dengar kan?
 Jom kita imbau semula kisah di Mimaland yang pernah femes pada tahun 70-80an. 
Apa ingat zaman sekarang je ada taman tema mandi ke? 
Zaman dulu lagi dah wujud rupanya. 
(Okay, yang ni aku baru tahu, sebab sebelum ni aku imagine kan yang Mimaland ni tempat mandi biasa macam kat Alang Sedayu Bt 12 tu)

Jom Baca... ! ^-^

Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia Ia dibuka pada tahun 1975.
Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang yang besar giler.

Agak besar kawasan Mimaland ni - 300 Ekar.

 

Broucher & Map Mimaland

Pintu Masuk Mimaland
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'Taman Haiwan Prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti :

1. FilemMekanik (1983)
2. filem Gila-Gila Remaja (1986) - antara dialog popular adalah "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein, dan adegan Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik
3. filem Tempo '88(1987) 
4. filem Dendang Perantau (1979) - logo lama Mimaland kelihatan pada pintu gerbangnya, yang berbeza dari logo tahun 1980-an. Dalam filem tu Latiff Ibrahim menumpangkan saudaranya dari Indonesia untuk menginap di chalet terapung di Mimaland
5. filem Suara Kekasih (1986) - Ogy & Azmil Mustapha dating di restoran tepi tasik di Mimaland.

Wow tak sangka Mimaland ada Chalet mcm ni.

Woww!

Besar dan cantik kan tempat ni dulu.

Pada tahun 1984 - satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi tersebut telah menjadi latar adegan dalam filem Tempo '88.

Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Aktiviti perkemahan juga boleh diadakan kat sini dulu.

Besar jugak badak dinasour ni kan.

Harga tiket dulu² murah je kan?

Belakang tu Chalet agaknya.

Antara spesis Dinasour yang ada kat Mimaland


Jurassic Park versi Mimaland


Yuuuu.. syok nyeeeee!

Besar kolan renang ni.

Papan Gelonggsor yang panjang.
Cam best je, cam best je.. heh.

Bermulalah kisah mengapa Mimaland ditutup :

Januari 1993 - Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya.

Pada Mei 1994 - Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Pintu masuk dulu dan sekarang.

Tepi tu nmpak macam setanjang je. hehh.

Katanya ni dulu bilik pengurusan

Dah kene tutup dengan pagar zink.

Jalan nak ke Mimaland

Katanya bus stop ni dulu penuh dengan orang ramai  yg tgu bas 174.

Basikal kayuh air tinggal dalam kenangan

Semak samun.

Jalan yang sibuk suatu masa dulu.

Harta van pengurusan peninggalan pihak Mimaland

Boleh angkut buat jual kat besi buruk nih. haha

 
Ni kat mana aku pun tak pasti.

  
Ni apa aku pun tak tahu. huahua.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
 (yang ni aku setuju, siapa setuju?? Cer komen and like satu kali. hehe)

Ok, Jom baca petikan kat bawah ni pulak... 

[Antara petikan angker dari forum Cari]
“salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih.. 

tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe

jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..”

Sumber : Wikipedia / FB Mimaland / Google

Thursday, November 14, 2013

Sudah 1 Tahun!

9/11/2012 - Jumaat - jam 6 petang - HKL, aku selamat melahirkan puteri sulung yang pertama melalui pembedahan walaupun dah overdue 4 hari. Maria Jazmina Binti Muhamad nama diberi. Syukur Ya Allah.

9/11/2013 - Sabtu, rasa tak percaya puteri sulung aku ni genap SETAHUN. Cepat betul masa berlalu kan, sampai sekarang aku masih tak boleh lupa pengalaman bersalin kan Maria dulu. Waktu bersalin ialah pengalaman yang kelakar bagi aku masa tu.. bila bercerita dengan suami mesti kami tergelak balik. kehkehkehkeh. :P

Chekitdaoutt.. !










Monday, April 29, 2013

Baby Start Makan

Assalamualaikum...

Hari ini hari Isnin, kat luar tu dah hujan + petir berdentum².. Subhanallah.

Lagi 10 hari MJ dah nak 6 bulan, so mummy dia sejak dua menjak ni sebuk nau google sana sini cari resepi laa..menu laa.. tips laa.. jadual makan laa untuk maria belajar makan.

Dah jumpa 1 jadual ni. hope boleh la follow sikit²..

Harap juga yang Maria nak makan ye sayang.. (konon² tgh berckp ngan MJ) hehe




* Kecik eh gambah ni? Sila lah Clik untuk besarkan gambar. 

Sekian, terima kasih. Cewaahh, mcm tulis surat rasmi pulak. 

Wednesday, April 17, 2013

resepi bajet "KEK COKLAT CIK YATIE"


Gambar kek sumber dari Google

Okay, resepi bajet ni my BFF yang bagi... sebab masa tu nak sangat belajar buat kek.
Credit to Cik Nurhayati saye! =)
Bahan2 nye :
2 cawan tepung gandum
1 cwn serbuk koko (kite suke guna brand Van Houten)
1 cwn minyak masak (apa brand pn x ksh lg mahal lg bgs hehehehe)
1 cwn gula
4 biji telur
1/2 cwn air suam
1 camca teh soda bikabonat
1 cwn susu pekat
Cara-caranya :
1. masukkan telur,gula dan pukul sampai kembang (waktu memukul smua bahan hendaklah ikut lawan arah jam)
2. kemudian masukkan susu,minyak dan pukul sehingga rata lg
3. next masukkan soda,serbuk koko,tepung dan pukul rata
4. last skali masukkan air suam.lepas tu tapis smua bahan td masukkan dlm bekas kemudian kukus selama lbh kurang 1 jam
5. semasa dlm proses kukus pastikan tudung periuk di tutup dgn kain supaya air x masuk ke dlm kek kita tu..
Untuk toping
1. panaskn sedikit air masukkan serbuk koko dan susu pekat (sukatan die ikt suka hati kita lg banyak lg sdp...hehehe)
2. Nak nampak cantik, tabur lah manik silver atau rainbow rice yg kaler² tu.

# upps lupe pulak, masa untuk kukus lebih kurang sejam atau lebih ye kawan².
tadaa... dah siap kek kite. =)
****************
Kos? Hurmm.. x sampai RM10.00 kot, sbb semua bahan dah ada kat rumah.
Selamat mencuba !

MJ kembali bersama little MJ!

Assalamualaikum.
Hello semua !
Semoga ceria pada Rabu ini, besok Khamis, lusa Jumaat, lutat dah Sabtu.... hari cuti okeyhh.. besttt nye cuti! kan. kan. weeeeee!

Hari ni MJ senior kembali bersama little MJ.
Hemm rasa mcm da lama tak update blog, last update pun masa raya tahun lepas. har har har.. masa tu tengah mengandungkan baby.

And today, i'm coming back as a mother to my sweetie Princess. Memperkenal kan............................. Maria Jazmina Binti Muhamad a.k.a MJ.

tadaaaaaaaaa................!

Comel kan? harus lah comel.... ~~  =) muah muah muahh!
MJ sekarang dah besar.. 5 bulan sudah. Cepat betul masa berlalu.

Lepas ni update blog semua pasal little MJ je lah. hehehe.

nota kaki : syukur dengan anugerah yang ALLAH berikan ini. 

Wednesday, July 25, 2012

Puasa penuh?

Hai semua... Assalamualaikum


Hari ni hari ke-5 semua umat Islam berpuasa.. aku pun tak terkecuali.
Azam ramadan tahun ni, aku nak puasa penuh. errr boleh ke?
Insyallah boleh sbb org mengandung kan tak datang kotor..huehuee.
tak payah la aku nak ganti puasa nanti.. huhu
Semoga Allah permudahkan puasa kali ini.

*Bulan puasa ni nak banyak kan amalan.. insyallah.


Friday, June 8, 2012

Sempena EURO 2012

Assalamualaikum



Masa aku baca tweet ustaz fames yg sporting, sape lagi kalau bukan ustaz Azhar Idrus, aku terbaca 1 tweet yg dia postkan 1 jun dulu.. tergelak aku lepas baca. sebab memang ada kebenaran nya.


"Kita tak kenal 25  nabi tapi kenal 22 pemain Man Utd. Dari penyerang, penjaga gol, pengurus pasukan pun kenal & tahu sejarahnya.- Ust Azhar Idrus."


Haaa.. ada betul tak apa ustaz a.i tulis tu?