A

Monday, November 29, 2010

OnLY ExcepTioN - Paramore

When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched as he tried to reassemble it

And my mama swore
That she would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist

But, darling, you are the only exception
But you are the only exception
But you are the only exception
But you are the only exception

Well, maybe I know somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Or keep a straight face

And I've always lived like this
Keeping a comfortable distance
And up until now, I had sworn to myself
That I'm content with loneliness
Because none of it was ever worth the risk

Well, you are the only exception
Well, you are the only exception
Well, you are the only exception
Well, you are the only exception

I've got a tight grip on reality
But I can't let go of what's in front of me here
I know you're leaving in the morning when you wake up
Leave me of some kind of proof it's not a dream, oh

You are the only exception
You are the only exception
You are the only exception
You are the only exception
You are the only exception
You are the only exception
You are the only exception
You are the only exception
And I'm on my way to believing
Oh, and I'm on my way to believing 

Thursday, November 25, 2010

Harry Potter And The Deathly Hallows : Part 1

Semalam hari Rabu, harga tiket wayang murah ckit, pas balik keje mandi², makan dlu terus kuar g beli tiket.. nasib bek byk lagi seat kosong. tgok kat Brem Mall, Kepong. dlm tiket tulis start kol 9pm, tp 9.30pm (kot) baru start (biasa la tu kan), tepat 11.30pm citer pon habis.. x puas tgok! rasa nak tgok lagi..

Korang da tgok ke belum citer ni? Sangat la best ok .. sape yg lom tgok , cepat² le g tgok.. 
Sejak Hermioni da besar, dia sgt cantek la jugak.. saye sukeee!
 Mana² heroin citer best² mesti aku ske... 
b4 ni ske Bella dlm cite Twillight...hihi..jgn maraaaa.... ^_^ . 
biasa la bile la suke mesti berangan² nak jadik mcm heroin² ni... kannn? huhu ... 


Emma Watson a.k.a Hermione Granger 
Cun kan dia .... ? =)

Lagi yg paling aku ske sgt dlm filem Harry Potter ni sebab dorang ada semangat setia kawan antara Harry Potter Si Hero, Si Jelita Hermione Granger ngan Pakwe Hermeoni iaitu Ron Weasley (x padan betul dorg ni bercouple) hehe. 
Semoga aku mempunyai sahabat yg setia kawan mcm dorg ni... Amin




xnak citer byk², aku selitkan sikit gamba kisah filem baru ni...












Friday, November 19, 2010

Sempena Aidiladha - Aku Happy .. !!!!

Raya Haji haritu aku follow BFF aku ngan kekasih belum jadik kekasih dia lagi g beraya kat umah BFF ktorg lagi sorg .. kat REMBAU. haha.. jauh kan berjalan? mcm raya puasa lak. g nek Satria Neo..Sakit badan nieh dok belakang..adehh... Sasaran umah pertama ialah umah aku, pastu Gombak..pastu baru lah menuju ke Seremban, nak menjemput BFF lagi sorg lak..tukang tunjuk jalan.. pastu baru la ke Rembau.
Tup tap tup tap kol 3 baru la sampai kat Rembau, nama taman tu 'Taman Sedia Raja' ... erkk! bak kata member aku, sapa yg x sedia jadi raja xleh masuk dlm itu taman..muahaha..

Aktiviti kat sana ..biasa la, da nama pun raya kan..mestilah aktiviti makan minum... makan lagi..dan minum lagi... byk tol makan hari tu.. Opss..ada lagi sesi bergambar.. haha.. mcm² pose ada. (bile sekawan monyet da berjumpa, phm² je la ye).. muahahahha!!
kol 6 (kot) baru gerak balik KL..

Smpai KL iaitu umah aku dulu dlm kol 8pm, Cik Abg syg da tgu.. nak g tgok wayang lak. Heeii...gile ape...! esok kan kije, dgn x mandi terus kuar g tgok wayang. memandang kan tiket da full so x jadi la tgok wayang.. i like it! haha. (sbb aku da mengantokss). jalan² la...usya² la kedai hp kat dlm Wangsa Walk tu ... xde beli pun. ^_^ .

Last destination..(uwarggg.. sy suda mengantok ketika itu), g Plaza Idaman.. jln² gak, tgok hp... (asik tgok hp je). sampai 1 kedai ni... pilih la punya pilih ... me choice that phone!!  huhuhu..Akhirnya, dpt gak aku hp menjadi idaman kalbu. hehehe.. Sebab tu aku happy gilerrrrr!! thanks Kanda.... ^_^

cube teka, yg mana menjadi pilihan kalbu hati ini ... ? Aku xkan bgtau korang...!! hahaha..

Nokia E66

Sonny Ericsson W910 (menjadi idaman sejak dulu lagi)

Nokia E75

Sonny Ericsson W995

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Esok 17hb November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H .... HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Aidiladha semuaaa..... =)
selama ni aku dok tercari² maksud KORBAN yg sebenar, search punya search jmpe la 1 artikel ni, dari Hilal Asyraf.
Jom hayati...


Mari kita menjejak Keluarga Ibrahim AS.
 
Apa yang berlaku pada keluarga itu?
Ibrahim AS telah membawa isterinya Hajar dan anaknya yang baru lahir bernama Ismail, ke satu lembah gersang di tengah padang pasir yang dikelilingi gunung ganang. Di situ, dia meninggalkan kedua-duanya.
Ini ditunjukkan dalam firman Allah SWT berkenaan doa Ibrahim As: 

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” Surah Ibrahim ayat 37.

Ibrahim AS kemudiannya kembali kepada isterinya Sarah di Palestin.
Di sini kita dapat melihat bahawa, Ismail AS tidak membesar bersama-sama bapanya Ibrahim AS. Yang menjaganya, bersabung nyawa memastikan penerusan kehidupannya, adalah ibunya Hajar. Namun apakah Hajar kecewa? Merasa tidak berguna dan sebagainya?
Kita akan perhatikan nanti.
Ibrahim AS meninggalkan mereka di lembah gersang itu, adalah sebahagian daripada aturan Allah SWT untuk sesuatu yang besar pada masa hadapan. Dan di sini, Ibrahim AS telah melakukan satu pengorbanan yang besar dengan meninggalkan anak dan isterinya di satu tanah yang gersang, tiada sumber air dan makanan.
Namun keimanannya kepada Allah SWT, keyakinan bahawa perintah Allah tidak akan menghasilkan sia-sia, membuatkan dia tabah meninggalkan isteri dan anaknya.
Ini pengorbanan yang pertama.

Ujian datang lagi buat keluarga itu

Selepas berlalu beberapa waktu, Nabi Ibrahim AS bermimpi bahawa dia menyembelih anaknya Ismail. Mimpi para Nabi bukanlah mimpi sebagaimana kita. Mimpi para Nabi adalah wahyu daripada Allah SWT.
Mendapat arahan itu, Nabi Ibrahim bergerak merentas padang pasir, daripada Palestin ke Makkah di Tanah Hijaz. Perjalanan yang bukannya pendek. Juga tidak mudah. Semata-mata untuk taat kepada Allah SWT, menyembelih anaknya sendiri.
Sampai sahaja di Makkah, kepada Ismail dia bertanya. Dan lihatlah apa yang Allah kisahkan akan jawapan seorang Ismail AS:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar Surah Assaffat ayat 102.

Ismail AS juga taat tanpa banyak bicara. Tanpa berdalih. Tanpa memberikan apa-apa alasan untuk meragukan ayahnya agar tidak melaksanakan perintah itu. Sedangkan, nyawanya adalah taruhan dalam hal ini.
Maka Ibrahim AS pun melaksanakannya. Namun apabila pisau yang tajam itu dilalukan pada leher Ismail AS, ia tidak mampu menyembelihnya. Menyangkanya tumpul, maka Ibrahim AS mengasahnya semula dan melakukan penyembelihan itu sekali lagi. Namun tetap gagal. Sekali lagi Ibrahim AS mengasahnya. Namun untuk kali ketiga, penyembelihan tetap gagal dilakukan.
Ketika inilah Allah SWT mengiktiraf ketaatan keluarga itu. Dan menggantikan Ismail AS dengan seekor Qibasy.

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;” Surah Assaffat ayat 103-107.

Dan ketaatan Ibrahim AS ini diiktiraf oleh Allah SWT, Ibrahim AS diangkat setinggi-tinggi darjat, bahkan dia dipuji oleh langit dan bumi. Ibrahim AS terkenal sebagai bapa para nabi, juga menjadi rebutan oleh kaum yahudi dan nasrani yang hendak menyatakan bahawa Ibrahim AS daripada kalangan mereka.

“Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.” Surah Assaffat ayat 108-113.

Apa yang ditunjukkan pada kisah keluarga ini?

Pengorbanan. Mengorbankan apa yang diri kita sayangi, untuk mentaati perintah Allah SWT. Itu yang saya hendak fokuskan dalam kisah keluarga Ibrahim. Mari kita lihat dengan lebih teliti, agar kita lebih merasai.
Pengorbanan pertama: Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tanah gersang. Siapakah yang senang dengan keadaan demikian? Sebagai manusia, Nabi Ibrahim juga berat melakukannya. Namun itu adalah perintah Allah SWT, maka Nabi Ibrahim mengorbankan perasaannya, kepentinganya, kesenangannya, kerana yakin bahawa, tiadalah daripada perintah Allah SWT itu satu yang sia-sia.
Pengorbanan kedua: Nabi Ibrahim sanggup merentas padang pasir daripada Palestin ke Makkah, satu perjalanan yang jauh, untuk menyembelih anaknya. Sekiranya kita lihat semula, apakah itu? Bersusah payah merentas padang pasir panas, yang jauh, yang sukar, semata-mata untuk menyembelih anak sendiri? Tetapi Nabi Ibrahim melaksanakannya. Padang pasir yang panas, perjalanan yang jauh, menjadi kecil padanya dalam mentaati Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa, tiadalah daripada mentaati Allah itu, selain kebaikan sahaja.
Pengorbanan ketiga: Melihat di sisi Ismail AS pula, anak itu tidak berdalih langsung semasa dinyatakan berkenaan penyembelihannya. Bahkan dia taat, dan menyuruh Ibrahim AS mentaatinya. Mengapa? Mengapa begitu sekali gaya Ismail AS? Hingga sanggup mengorbankan diri sendiri? Kerana itu adalah perintah Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa Allah tidak akan mengarahkan sesuatu yang sia-sia, maka dia sanggup mengorbankan dirinya untuk mentaati Allah SWT.
Pengorbanan keempat: Satu watak yang tersembunyi dalam kisah ini adalah Hajar. Adakah Ismail AS itu, terbentuk taat begitu sahaja secara tiba-tiba? Tidak. Pastinya ada didikan yang membentuk Ismail menjadi sedemikian rupa. Itulah dia didikan tangan seorang Hajar. Bayangkan, Hajar, seorang isteri yang ditinggalkan di tanah gersang, dan dialah yang membesarkan Ismail. Namun, dia tidak membesarkan Ismail menjadi seorang yang membenci bapanya, bahkan membesarkan Ismail menjadi orang yang amat taat kepada Allah SWT. Ini menandakan Hajar rela dengan segala apa yang dilakukan Ibrahim AS. Kerana apa? Kerana Hajar tahu, bahawa Ibrahim AS mentaati Allah SWT. Dan Hajar mengetahui bahawa, mentaati Allah SWT tidaka akn emmberikan apa-apa melainkan kemuliaan.
Pengorbanan kelima: Ibrahim AS benar-benar menyembelih Ismail AS. Dan Ismail AS tidak menunjukkan pelarian di situ. Mereka benar-benar melaksanakannya. Bahkan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah SWT yang satu itu. Mengenepikan segala kepentingan diri, kesenangan hati dan kehendak peribadi. Semuanya untuk mentaati Allah SWT. Mereka melaksanakannya, semampu diri mereka. Bersungguh-sungguh.
Lima pengorbanan ini, kita perhatikan semula.
Semua ini didirikan atas apa?
Atas satu perkara. Ketaatan kepada Allah SWT.
Bagaimanakah kita boleh taat kepada Allah SWT?
Dengan keimanan kepadaNya.
Kekuatan untuk mampu berkorban hakikatnya, bergantung kepada keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita kepada Allah SWT itulah yang memprodus kekuatan untu mengangkat perintahNya menjadi sesuatu yang besar dalam kehidupan kita melebihi kepentingan diri kita sendiri..
Inilah yang Allah mahu kita lihat, dan Aidiladha itu bukan semata-mata perayaan.
Tetapi ia seakan-akan satu peringatan tahunan.
“Apakah kamu wahai hamba-hambaKu, sudah bersedia untuk mengorbankan hawa nafsumu?”

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam?

Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?
Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?
Apabila bertemu perintah Allah dengan tuntutan hawa nafsu kita, yang mana satukah kita korbankan?
Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?
Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?
Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.
Apa?
Aidiladha semakin hampir. Dan kamu lihatlah apa yang telah kamu korbankan?

Penutup: Yang berkorban itu, Allah bayar

Mengambil ‘ending’ kisah Keluarga Ibrahim tadi, Allah membayar segala pengorbanan keluarga itu dengan kemuliaan dan darjat yang tinggi tidak terhingga. Allah membalas ketaatan hamba-hambaNya, dan bukan membiarkan mereka begitu sahaja.
Di sini, ia merupakan satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.
Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.
Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.
Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.
Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.
Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.
Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.
Itulah keimanan kita.
Kita belajar daripada keluarga Ibrahim AS.
Namun siapakah yang memerhatikan?
Dan yang memerhati, siapakah yang mempraktiskannya?
Aidiladha semakin hampir.
Apakah tahap kesediaan berkorban untuk Allah kita? 
******************************************************************************************************

Friday, November 12, 2010

Kurnia^by Mizz Nina & Noh

Korang pernah dengar lagu ni tak .. ? bagi aku lagu ni sangat la sedap telinga mendengar.. romantik sgt.. hehe. Sape yg x pernah dengar lagu ni, layannn jeee....
Oppss..sila stopkan dulu lagu dari iphone kat bawah tu ye.. agak menganggu bile korang layan video ni. :)

Thursday, November 11, 2010

Harga 'TOL' da naik laa ..

Pagi tadi masa nak bayar tol parking kat basement, aku terbaca  notis yang tertampal kat pondok tol tu..start dari 15/11/2010 harga parking da naik dari RM2.50 ke RM3.00..Aiyoyo..botak la aku kalo macam tu. 
Jom kire : 
Hari Bekerja - 22 days x RM3.00 = RM66.00 Argggghhhhhhh!!! bosan betul lahh kann?
Semput la aku mcm ni.. Kat sini tempat parking memang limited.. Betul² amik kesempatan, mentang² la kat sini 1 tempat ni je yang parking berbayar, kotak parking dbkl lak da full pastu mcm nyusahkan je sbb kne masuk kan syiling.. JAHATNYEeeeeee ...

Alhamdulillah

Mulakan dengan Bismillah..
Assalammualaikum ..
Oohhh dairi~~..
segalanya akan tercatit di sini. 
Hihi..akhirnya..dapat gak aku buat blog ni..alhamdulilah.