A

Friday, November 15, 2013

Taman Rekreasi Mimaland, Gombak. [20 Tahun Yang Dulu]

Korang pernah dengar tak nama Mimaland kat Gombak ni? 
Orang² yang tinggal sekitar Gombak pasti pernah dengar kan?
 Jom kita imbau semula kisah di Mimaland yang pernah femes pada tahun 70-80an. 
Apa ingat zaman sekarang je ada taman tema mandi ke? 
Zaman dulu lagi dah wujud rupanya. 
(Okay, yang ni aku baru tahu, sebab sebelum ni aku imagine kan yang Mimaland ni tempat mandi biasa macam kat Alang Sedayu Bt 12 tu)

Jom Baca... ! ^-^

Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia Ia dibuka pada tahun 1975.
Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang yang besar giler.

Agak besar kawasan Mimaland ni - 300 Ekar.

 

Broucher & Map Mimaland

Pintu Masuk Mimaland
Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'Taman Haiwan Prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti :

1. FilemMekanik (1983)
2. filem Gila-Gila Remaja (1986) - antara dialog popular adalah "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein, dan adegan Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik
3. filem Tempo '88(1987) 
4. filem Dendang Perantau (1979) - logo lama Mimaland kelihatan pada pintu gerbangnya, yang berbeza dari logo tahun 1980-an. Dalam filem tu Latiff Ibrahim menumpangkan saudaranya dari Indonesia untuk menginap di chalet terapung di Mimaland
5. filem Suara Kekasih (1986) - Ogy & Azmil Mustapha dating di restoran tepi tasik di Mimaland.

Wow tak sangka Mimaland ada Chalet mcm ni.

Woww!

Besar dan cantik kan tempat ni dulu.

Pada tahun 1984 - satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi tersebut telah menjadi latar adegan dalam filem Tempo '88.

Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Aktiviti perkemahan juga boleh diadakan kat sini dulu.

Besar jugak badak dinasour ni kan.

Harga tiket dulu² murah je kan?

Belakang tu Chalet agaknya.

Antara spesis Dinasour yang ada kat Mimaland


Jurassic Park versi Mimaland


Yuuuu.. syok nyeeeee!

Besar kolan renang ni.

Papan Gelonggsor yang panjang.
Cam best je, cam best je.. heh.

Bermulalah kisah mengapa Mimaland ditutup :

Januari 1993 - Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya.

Pada Mei 1994 - Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Pintu masuk dulu dan sekarang.

Tepi tu nmpak macam setanjang je. hehh.

Katanya ni dulu bilik pengurusan

Dah kene tutup dengan pagar zink.

Jalan nak ke Mimaland

Katanya bus stop ni dulu penuh dengan orang ramai  yg tgu bas 174.

Basikal kayuh air tinggal dalam kenangan

Semak samun.

Jalan yang sibuk suatu masa dulu.

Harta van pengurusan peninggalan pihak Mimaland

Boleh angkut buat jual kat besi buruk nih. haha

 
Ni kat mana aku pun tak pasti.

  
Ni apa aku pun tak tahu. huahua.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
 (yang ni aku setuju, siapa setuju?? Cer komen and like satu kali. hehe)

Ok, Jom baca petikan kat bawah ni pulak... 

[Antara petikan angker dari forum Cari]
“salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih.. 

tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe

jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..”

Sumber : Wikipedia / FB Mimaland / Google

No comments: