A

Wednesday, March 30, 2011

tolong org yang mintak tolong - tp aku ada rasa terkilan ckit

Entry ni aku nak citer pasal kejadian malam tadi..

Time : 8.15 pm mcm tu la
Lokasi : Luar pagar Food Court Gaint Batu Caves

Waktu tu aku dah duk dalam kete.. siap2 nak blah. Tetibe datang kelibat seorang pemuda cina yang sedang berjalan kaki menghampiri kereta aku.. cina tu siap pakai helmet lagi. aku pun turun kan cermin kereta. Rupanya dia nak mintak tolong..nak mintak duit RM7 nak isi minyak motor. Motor dia ada kat petronas sebelah Gaint kot (rasa aku lah). Dia cakap dia dari PJS seksyen berapa ntah.. nak ke mana pun aku tak dengar sangat apa dia cakap tadi. Yang aku dengar dompet dia ilang or jatuh or kene ragut... (lagi sekali aku x berapa dengar atau kata lain, aku x berapa clear apa dia cakap kan) ngeeee.. yang aku pasti dia nak mintak tolong nak isi minyak motor dia..Keadaan dia masa tu macam orang baru lepas berlari. maybe dia penat tolak motor kot.. aku pun xnak tanya banyak, kesian lak kat org tu kalau aku tanya banyak2. aku boleh kategorikan org tu berada di dalam keadaan kecemasan. Aku paham macam mana rasa bila dompet kita tak ada dengan kita, nak2 bila kita tengah terdesak. macam orang cina tadi kan..Jadi aku pun bagi la dia RM7 macam yang dia mintak tadi. Lepas aku bagi dia duit tu dia tanya aku mana balai polis yang terdekat, lepas aku da gtau direction.. dia pun blah sambil ucapkan terima kasih...Kesian aku tengok keadaan dia. Jalan pun dah tak betul, nampak sangat dia penat..jauh sangat berjalan kaki kot.

Kenapa aku Terkilan..?

Aku terkilan sebab aku bagi dia RM7 jeeeeee... actly kalau boleh aku nak bagi lebih sikit la kat dia..RM10 ke... tapi keadaan aku masa tu pun tak mengizinkan aku berbuat demikian. Terkilan lah rasa sampai nak tidur pun asyik teringat kejadian tadi je. Harap2 cina tadi tu dah selamat sampai rumah.

Aku masih lagi terkilan niieeee... sebab belum dapat gaji lagi ni..... uuwaaaaa..Boossss, nak $$$$ !!  @_@

Thursday, March 24, 2011

Earth Hour - Sila Matikan Lampu

Semua penduduk yang bernama manusia di muka bumi planet tercinta di sarankn utk berblackout atau erti kata lain, bergelap selama 60 minit bersamaan 1 jam bermula pada 8.30pm - 9.30pm. Bukan hari² tauuu... tapi pada 26hb Mac 2011 (Sabtu) akan datang nanti.
Urmm aku pernah padamkan lampu bilik asrama masa belajar kat ciast dulu. Hehehee.. konon ikut seruan la kan. Yang pelik nya, bilik aku je yang padamkan segala lampu masa tu.. bilik² yang lain .... ??? -urrmmm..- Mayb kawan² yang lain tak tau kot ada kempen ni. =)

Pic dari Dr. Google

Ni lak gambar sambutan Earth Hour kat KLCC.

Nak tau lebih pasal Earth Hour ni, CLIK SINI

Friday, March 11, 2011

inilah jadinya

Assalamualaikum korang .. 

Hari ni hari Jumaat.

Hari ni... aku xde mood.. 
Sedang geram dan bengang.. maka inilah jadinya
.......
 .....................................................
.........................................................
.......................................................................
.........................................................
..........................
....................
...............
..........................................
....................
.................................
........
..
..
.
.
.
.
Sabar ye gorila... jgn nyampah²

Thursday, March 10, 2011

sapa pernah kene saman dgn DBKL ?

Assalamualaikum .. hai korang .. 
Td aku terbaca post kat fb abg senior sekolah aku pasal saman DBKL.
Korang pernah kene saman Traffik DBKL tak .. ? Aku ...? mestilah pernah.. hihi..
Aku start ada saman sejak tempat parking berbayar yg aku selalu park tu dah ditutup untuk tujuan pembangunan.. So, dari situ lah aku ikut mana org ada org parking, aku pun parking jugak..hihi.
Bukan xnak park kat kotak parking DBKL tuh.. masalahnya parking dah full! kalu ada pon aku mana ada syiling nak sedekah kat mesin tiket tu.. kannn. Leceh la syiling² nih. ^_*
Kadang tu sehari 2 kali aku dpt surat cinta saman dr DBKL.. memula dpt saman tu memang la gelabah. siap g byr tu.1 saman RM50.00.. 2 saman dah RM100.00. kalu bayar 14hari dari tarikh saman dapat le diskaun.. RM50.00 utk 2 saman tu. Tu masa 1st time kene saman. Tapi skang ni dah x takut daaaaa...tutup sebelah mata je. hahaha (tp kadang tu risau gak kot sangkut masa nak renew roadtax). Tak takut sbb ramai kawan² ckp xde apa² tindakan pun dari DBKL. Even pakcik jiran aku yg keje DBKL (keje tarik kereta) pun ckp xyah bayar pun xpe, DBKL x buat apa². Tapi sejauh manakah kebenaran kata² mereka..? Mana tau kannn kot 1 hari nnt time nak apply apa² ngan DBKL sangkut ke.... wuwuuuuu.

Korang pun nak cek gak ... ? Ni link dia .. SURAT CINTA.
Aku masih ada lagi 5 hutang dengan DBKL. Sekian.

Wednesday, March 9, 2011

yayayyy !!

Assalamualaikum semua 

Setelah beberapa minggu selepas aku change url blog aku ni.. aku sedeh, gelabah dan penat setting itu ini semata² nak gadgets Follower aku muncul semula. Asyik kuar mcm ni je.. 
Tanya member aku dia pun xtau nape jadi mcm ni dan xtau mcm ne nak pulihkan balik gadgets follower ni. Wuuuwuuuuuu ... sedih tauuuu .. 
Puas aku search google mcm ne nak slovekan problem nih.
Dan hari ini... aku dah jumpa DAN dah tau kenapa jadi mcm kat atas tu.
Aku jumpa nieh dan ini. Follow je step tu.. dan ini lah hasinya .
Tadaaaa.... !!!
Ni ler hasilnya ... suke nyeee happynyeeee 

Hikhik .. follower aku x ramai pun. baru nak jinak² la katakan..
Koranggg.. jadi la follower aku ye.. (plis..plisss..) hehe..hehe.

Tuesday, March 8, 2011

DAPAT BERITA X BEST :(

Aku dapat sms dari BFF schoolmate aku.  


Terperanjat giler aku baca sms dia.. sorg lgi BFF a.k. schoolmate aku masok spital. xtau sakit apa..
ingat kalo sempat ni nak g lawat dia jap la.. kene tahan kat GH..
Apepun... aku doakan bff aku baik² aje...

WOMAN'S DAY !


Selamat Hari Wanita kepada sesapa yg merasakan dirinya wanita.. Eh ada ke yg x angap dirinya wanita? ^_*

Monday, March 7, 2011

SOALAN JAWAB

Jawab dulu sebelum tgk jawapan Abu… 


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"


Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua:  Apa 3 x 3?

Abu:  9

Pengetua:  Apa 6 x 6?
Abu:  36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni:  Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu:  (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu:  Saku

Cikgu Murni:  Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu:  Kelapa

Cikgu Murni:  Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu:  Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni:  Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu:  Bersalaman

Cikgu Murni:  Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu:  Baik Cikgu

Cikgu Murni:  Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu:  Khemah

Cikgu Murni:  Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu:  Cincin perkahwinan


Cikgu Murni:  Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu:  Hidung

Cikgu Murni:  Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu:  Anak panah

Cikgu Murni:  Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu:  Okay

Cikgu Murni:  What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu:  Firetruck

Cikgu Murni:  What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu:  Fork

Cikgu Murni:  What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu:  Surname

Cikgu Murni:  What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu:  Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.... Muahahaha!!!~~~~


PIJAT YANG BEDEBAH !!

aaRRGGGhhhh!!! aku tension betul  ngan pijat-pijat yg telah membiak kat dlm umah aku tu. 
masok mana² bilik mesti ada pijat even kat ruang tamu. Kat bilik air je yg xde pijat.. hihihi
habis kaki tangan aku gatal².. merah².. berparut² (sbb bile da gatal aku garu) .. 
ini bukan gamba aku.. pic dr Dr. Google
mcm ni la rupenya bile aku garu gatal² kat kaki tangan aku ni

rasanya dekat setahun da kot family aku kene serang ngan makhluk pijat ni..
masa mula² kene x tau pasal apa kaki tgn ni gatal, aku pegi jmpe doc takut la ada bakteria ke.. ruam ke..
 sampai aku kene inject kat bontut.  
3 kali pas g jmpe doc baru la tau apa punca kaki tgn sume ahli dlm umah aku tu gatal²..tergaru sana sini..
mcm² da aku buat.. tumbuk serai, tabur ngan serai, spray guna bygon, serbuk bunuh serangga yg jual kat pasar mlm tu.. jemur tilam..
tak mati² gak pijat ni..
aku tension laaaaaaaa bedebah!!

Korang tau x mcm mana nak bunuh makluh bedebah ni..? makhluk ni isap darah.. busuk giler lak tu.. 
sapa yg x tau rupe pijat tu mcm ni le rupe makhluk bedebah tu.. 
Makhluk bedebah ! a.k.a PEPIJAT

Nyah lah kau dari rumah aku bedebah .. !

ayah aku cakap kalo bunuh guna ubat racun pest control pon leh gak.. kat hardware ada jual .. 

DIKALA INI

Ingin aku memberitahu bahawasanya 
Dikala ini ...... aku ...... sangat sangat sangat sangat BOSAN!!!
Dok opis sesorang je ni... aiihhh. xde teman bersembang..
hanya hati menjadi peneman .. 
keje pon tgh xde, tgh tgu lawyer call kasi a/e no. je ni. draft sume da settle.
aiihh.. kalo ada sofa dlm opis ni memang aku akan duduk mcm ni....
pic Dr. Google

Friday, March 4, 2011

SAYA SEDANG LAPAR

krakkk kruukkk krakk kruukkkk
eh bunyik apa tu...? itulah bunyit perut saya sedang berkeroncong..
lapar gilerrrrrrr nii... td x lucnh, pagi makan meehun jekk..
pic dari Dr. Google

tapi xde la lapar tahap gaban mcm ni =)

BELALANG ke PELESIT ?

Assalamualaikum dan hye everyone..!!

Pagi td aku beli sarapan kat foodcourt umah aku tu, selalu aku beli kat makcik kedai no.9 tu..
masa tengah tunggu dia serve customer lain, mata aku pu melilau la tgok sana sini..heheeh
pastukan...OMG! aku ternmpak ada seekor belalang yg saiz dia agak besar gak la..kaler coklat. tp belalang tu da mati la. aku ternampak kat meja tmpt msak roti canai kedai sebelah makcik tu. Dan belalang tu dihalakan ke arah kedai makcik yg aku beli sarapan tuh. Apakahh motif jiran kedai makcik tu..? urrmmm muskil... pastu aku tye la makcik tu apa benda alah nye. makcik tu pun xtau sama ada itu belalang biasa or pelesit. dan makcik tu gtau aku.. ada lagi 2 kedai yg ada binatang tu jugak.. tp megikut firasat aku, mesti benda x elok tu kan.kan. kalo x buat apa nak bela belalang yg da mati.

Actually makcik tu da lama x niaga, sbb ada org xnak dia niaga. kire ada org buat dia laa..
apa la manusia ni.. sesama Islam pun jatuhkan. pasal bisnes n x puas hati, macam² org leh buat sekarang ni.

kepada makcik kedai no.9, i tetap suke nasi n lauk u... i akan setia jadi pelanggan setia u (walaupun i da lama x beli kat u) haha. Kesian makcik tu..

Ni ler gambar dia..









sarapan yg aku beli kat mak cik tu .. :p

Thursday, March 3, 2011

GURUH + HUJAN

Petang ni aku terdengar bunyik guruh.. Yaa... itu petanda nak hujan..
dah memang hujan ponnn.. hope xde la lebat sgt
aku takut balik or jalan² waktu hujan lagi² kalo hujan lebat.
sebab bile aku drive aku xkan nmpak jalan... maklumlah..rabun~~ hehe
viper pulak buat hal..
arrgghhh! semoga perjalan pulang aku hari ni tidak berlaku apa²..
semoga selamat sampai, Jasmeen.

*p/s : dah le ptg ni da janji ngan buah hati nak teman dia g pejabat pos..

KENYANG SAMPAI SEKARANG

Td lunch makan Nasi Ayam KFC je.. alaa yg seketul ayam tu je...
tp kenyang sampai sekarang (3.45pm) .. perut pun buncit lagi ni.. hahha~~
apa pun aku bersyukur sbb aku masih lagi dpt menikmati rezeki Allah daripada
mereka yg x dpt nikmat makan dari Allah ini .. 
 pic dari Dr. Google 

Wednesday, March 2, 2011

Nama bunga ku MELATI

smlm aku ngan kwn² aku terfb tentang nama bunga.. ngada lak dia nak tukar memasing pakai nama bunga.. so sempena dgn nama aku sendiri iaitu Jasmeen.. aku nak guna nama dlm bahasa melayu lak. Bunga Jasmine dlm bahasa melayu adalah Melur. tp search punya search ada lagi 1 nama glamer bunga Jasmine ni.. iaitu Melati.. haha. aku xnak guna nama Melur! aku nak guna nama Melati.. haa.. terasa lah klasik ckit ngan nama tu..
hahaha~ aku suke nama Melati. !