A

Wednesday, July 25, 2012

Puasa penuh?

Hai semua... Assalamualaikum


Hari ni hari ke-5 semua umat Islam berpuasa.. aku pun tak terkecuali.
Azam ramadan tahun ni, aku nak puasa penuh. errr boleh ke?
Insyallah boleh sbb org mengandung kan tak datang kotor..huehuee.
tak payah la aku nak ganti puasa nanti.. huhu
Semoga Allah permudahkan puasa kali ini.

*Bulan puasa ni nak banyak kan amalan.. insyallah.


Friday, June 8, 2012

Sempena EURO 2012

Assalamualaikum



Masa aku baca tweet ustaz fames yg sporting, sape lagi kalau bukan ustaz Azhar Idrus, aku terbaca 1 tweet yg dia postkan 1 jun dulu.. tergelak aku lepas baca. sebab memang ada kebenaran nya.


"Kita tak kenal 25  nabi tapi kenal 22 pemain Man Utd. Dari penyerang, penjaga gol, pengurus pasukan pun kenal & tahu sejarahnya.- Ust Azhar Idrus."


Haaa.. ada betul tak apa ustaz a.i tulis tu?

Tuesday, June 5, 2012

Me now as Mommy Wannabe

Assalamualaikum..

Setelah sebulan lebih aku bernikah, akhirnya aku dan suami mendapat berita baik - aku disahkan mengandung. mcm x percaya la pulak sbb mcm cepat je.. apa pun aku bersyukur pada Illahi yang memberi rezeki ini. . It's a good news for my whole family! Syukur Alhamdulillah~

Harini kandungan aku berusia 18minggu, means da 4bln lebih. Perut aku pun da mula kelihatan mcm dlm gamba ni. alamak, mcm x percaya ajeee. perut da membesar - kene cari blouse or dress mcm ni, lalalaa~


This season ramai member yg seangkatan dgn ku tgh pregnent..adalah aku geng nak sembang² pasal pregnancy ni. xde la terkial² sorang² kan. semoga kami-kami semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya, amin~

Wednesday, February 29, 2012

Sotong masak itam

Memandangkan smlm besday my husband, jadi hari ni ingat nak masak lauk special yg dia x pernah makan kat rumah dia... Lauk special tu tak lain tak bukan ialah SOTONG MASAK ITAM a.k.a hitam. bukan sotong masak KICAP ye korang, tolong jgn kompius ye. Jadi supermarket yang akan menjadi sasaran tuk beli bahan² ialah Gaint Bt Caves.. i'll come to u Gaint! 

Semoga tugasan balik keje kang berjalan dengan tenang dan lancar nya. amin.

*sotong masak itam yg bukan aku masak.

# suke tang nasi gaul dengan saki baki kuah hitam dalam kuali. Aarrghh! sangat sedap wooo! ;)

Thursday, February 16, 2012

Bestnye kalau rumah aku mcm ni

Korang pernah berangan x nak ada perabot yg canggih mcm ni kat rumah korang? bayangkan kalau kat rumah ada sume yang canggih² mcm ni... alangkah bahagianya hidup.kan.kan. ahaks

Jom berangan kejap....


# Kat Malaysia ada ke rumah secanggih ni ek?

Tuesday, February 14, 2012

Yeyy! Aku dah kahwin!


Assalamualaikum
Korang... hari ni 14hb Februari 2012. ada ke yg sambut Valentine Day? No no no.... jgn sambut tau, ianya harammmmmm.
aku dilanda kemalasan tuk update blog ni. so hari ni aku akan sambung balik entry aku yg ni.. ada cerita disebalik cerita. ngeeh

tapi sebelum tu, walaupun skng ni da masuk bulan februari, aku tetap nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kat korang semua. (eh, rasa cam da terlambat je nak ucap selamat, kan?) biasa lah, aku memang mcm ni….  -_^

jom jom jom ..

17.12.2011 - my nikah day! Alhamdulillah dengan sekali lafaz (selepas 3-4 kali berlatih dgn tok kadi) aku selamat dinikahkan kepada seorang suami yang bernama Muhamad Bin Isa. Semoga majlis yang dibina ini dirahmati dan berkekalan selamanya. Amin~

Pengantin yang telah menjadi suami


17.12.2011 – it is also my reborn day! sengaja aku pilih tarikh ni supaya senang ingat hari ulang tahun perkahwinan aku dan suami nnt, boleh celebrate sekali ngan birthday. meriah..meriah, mesti meriah punyee. tarikh ni jugak la aku dan bff celebrate sesama tuk birthday yg jatuh pada bulan 10 (suria & shereen), bulan 11 (liz), bulan 12 (aku ler)..ops lupe plak, sekali ngan birthday siti yg da lama lepas (bulan 4) hehee. i love u girls.

4 gadis birthday girls

haa.. amek ko, khas tuk kami²
*cake dari JW Marriott Hotel, sedapp!

31.12.2011 - Reseption Day. Jeng jeng jeng.... hari yang ditunggu telah tiba. see, memang aku sengaja pilih tarikh ni, sebb nye.... haritu jatuh pada hari sabtu, aku bajet sume tetamu mesti boleh dtgkan hadirkan diri sbb besok kan hari ahad, hari becuti... senin pun cuti kan, cuti tahun baru. pemilihan tarikh kenduri adalah penting ye kawan². *nasihat buat bakal² pengantin. ngeeehh

ketibaan pengantin dengan pengapit

bestnye dapt presenttt byk²!!

Akhir sekali .......... ucapan Terima Kasih buat :
- semua keluarga tercinta
- penaja
- yang terlibat secara langsung atau tidak 
- tetamu yang sudi hadir
- yang x dpt dtg tp bg hadiah. hihii
- yang mendoakan
.....mohon maaf andai layanan terkurang. sayang korangggg. muuahhh!

Anda di-HARGAI =)

Okay, tu saje yang aku nak kongsi kan. tataaaa... ♥

*nota kaki : aku dah jadi isteri org rupanya. hihii